Monday, April 13, 2015

sembang buku

Hello people :)

Buat masa sekarang *except this moment* , i really really love reading something. hello, i bukan nak tunjuk yg i suka baca ke apa okay. hehehehe. 

Mesti ramai gak kan yang sebenarnya suka baca baca ni , kannnnnnn...

Personally,bila kita ada perasaan suka membaca ni, rasa bahagia sangat baca puisi yang indah indah, baca entry entry yang menaikkan semangat, baca kisah pendek yang memberi pengajaran and baca caption instagram yang boleh buat kita muhasabah sendirian. Kannn.

Sebenarnya, i pernah jadi kaki novel cinta dulu laa. Pergi kedai buku je, gi shelf fiksyennovel, so cliche kan. Tahlaa masa tu sekolah lagi, duit tarak, baju pun mak ayah belikan, nak iron baju pun malas ada hati berangan angan cipta kisah cinta sendiri padahal budak lagi. Duit nak kahwin mmg zero laa. Toksah citer laa kan.
Bak kata orang 'budak baru nak up.'

Tolong laaa jgn contohi sifat aku yg berangan angan ni, janganlaa contohi sifat gilaa novel sehingga jeling sekilas je buku buku lain. im not trying to say that novel is bad. seriously not.
Kadang aku terfikir, muda muda ni laa kita nak cari motivasi untuk warnakan masa hadapan, so kita kena laa variasikanbahan pembacaan seiring dgn umur kita.


Bangsa membaca, bangsa yg berjaya. *cewah*

But my point is, betapa banyaknyaa benda yang boleh dijadikan bahan bacaan ada kat pasaran sekarang ni. Instagram, blogger pun banyak je benda benda yang berfaedah.Banyak sangaaaaatttt.

Macam macam boleh baca, macam macam boleh ambik pengajaran, so why masih nak jadi orang yang malas membaca? 

Sorry laaa i cam membebel kan, but sebenarnya bukan nak membebel, just nak share and ajak ramai ramai orang start membudayakan membaca ni. 

Reading is like u masuk ke dlm dunia yg lain , u tahu benda benda baru. Sangat best!!

Sangat laaa best tau membaca ni,tapi jangan lupa tau buku yang wajib kita baca bagi yang muslim laa, ALQURAN. Jangan lupa baca yaa. Lagi banyak boleh ambik pengajaran daripada nya. Boleh jaga hati ,jaga diri and jaga iman kita.

okay tata! 😘😘😘😘 *Membaca jambatan ilmu*

ps:// dah macam karangan sekolah dah , haha, skema laa pulak. tapi peduli apa, dah tulis dah pon. hihi. 


Thursday, March 19, 2015

Mari belajar untuk focus.

:)

Entry hari ni start with smiley. hehe.

Oleh kerana minggu ni adalah minggu exam dan aku sangat laaa 'rajin' untuk terus stadi. Aku ambik break sikit untuk online. 
Uknow, when kita rasa kita dah tepu, better kita larutkan dulu apa yang tepu tu kan,
 haa itulaaa apa yang aku sedang cuba lakukan. Namun kebanyakan rakan rakan ku yang tersayang mengatakan ini adalah proses 'penafian' atau 'taknak terima hakikat yang esok exam' hahahahaahahaha.

okay,
hiks, *gelak gedik

oleh sebab aku cepat rasa bosan bila reading notes, reading slide show, reading mind map and what so ever, ive always use music to help me to stay fresh.
tapi music yang aku pasang, bukannya lagu hard rock metal rock or lagu rap. Sebab kalau pasang lagu cenggini, lain yang nak di hafal, lain yang nak keluar. 
Jadi, lagu seperti apakah yang patut di play kan bila stadi?

mestilah lagu yang menjana otak untuk fokus, kannnn.


haaaa, seperti yang diatas. music for concentrate. selalu jugaklaaa aku pasang kalau nak reading apa apa.
kalau tak suka music music kosong takde lirik korang boleh jer dengar lagu lagu soft, ikut telinga korang laaa, tapi jangan laa khayal dengar lagu macam korang tu budak music pulak. daripada nak hafalkan notes, dihafalnya pulak lirik lagu rap. haisyh, tak patut tak patut.

antara contoh lain, boleh pakai zikir,
kalau laa ingat tuhan, hati lagi tenang, bila tenang, senang benda baik nak melekat, kan. 



akhir kata , buatlah apa pun yang korang comfortable with, untuk terus stadi. untuk terus menuju kejayaan.
 Bcoz, u absolutely , positively do have power to change your future. 

Keep Calm And Focus On Study :) 

Wednesday, March 18, 2015

mak cik cleaner

Sekarang tengah exam week, so quite busy, kalau tak busy pun, memang kena busykan diri. yelah, ni kan time nak measure our kemampuan diri. Jadi, kenalaaa berusaha bersungguh sungguh, tak gitu? Walaupun kita belajar itu bukan semata mata untuk exam, tapi ni laa platform untuk kita membuktikan yang kita menjalankan tanggung jawab kita as a student dengan jayanya. kann. Bahagia jiwa dann raga mak and abah korang tengok result anaknya 4 flat. haaa, amboiii.hehe

Okay, apa kena mengena makcik cleaner dengan exam kan. entah mengarut tah apa. Actually, mmg tak ada kena mengena pon. Cuma nak share, hari tu before my mathematics paper, aku lepak laa surau sebab free kan, rasa tenang je gituu. 

Pastu, aku ni pun lapar laa. pi laa beli nasi ayam yang sedap dan lazat , alhamdulillah. hee
Tengah sedap makan , datang makcik ni . Makcik ni cleaner, dia pun nak makan. Duduk sebelah selamba je. Tapi makcik ni memang friendly pon.

Makcik ni makan nasi lemak, 

MC: 'Kamu makan apa ni,?'

Nasi ayam , makcik. senyum.

MC: 'Mesti sedap kan, Berapa ringgit?'

Dalam hati dah serba salah dah, Nak offer makcik ni, tapi makcik ni baru je makan. So jawab jelaa.
'Dalam 4 ringgit makcik.'

MC; 4ringgit mahal kan, nasi lemak makcik tak sampai dua ringgit pun, boleh makan sampai kenyang.'

Aku senyum lagi, angguk dengar makcik ni cakap.

MC; 'Yela, makcik ni kan cleaner je, kalau 4ringgit hari hari, apa je yang tinggal nanti. Kena jimat jugak.'

Jimat, ehem, nak tersedak jugak aku dengar. terasa insaf jap. Sedih dan sebak.
Yelaaa, jujurnyaa, aku ni takdelaa loaded sangat, yelaaa nama pun student , mestilah berbekalkan elaun pelajar kan. Jadi tanggung jawab mencari duit tu bolehlaa di ignorekan.

Aku pernah kerja part time, ayah aku selalu nasihat bila aku balik kerja, letih letih pastu ngadu kat dia.
"Kamu kena rasa penatnya cari duit, barulah kamu tahu peritnya hidup orang yang susah yang bersungguh sungguh untuk cari sesuap nasi untuk tanggung keluarga."

 Dalam kepala dah tertanya tanya sangat, berapa tanggungan makcik ni, macam mana makan malam dia, macam mana transport dia.


Tapi walaupun makcik ni cerita something yang sangat emosional kat aku *bagi aku emosional la sebab aku ni MAYBE laa hati kapas, tak tahu laa korang*, dia senyum, ada laa dia gelak gelak jugak. Tapi, aku tetap rasa ayat dia cam sangat mendalam. hmm, adakah gelak tu just nak cover kepayahan dia, aku tertanya jugaklaa.

Aku pandang je makcik ni, dia tengok jam, dia bangun,
 MC: 'Dah pukul 3, makcik nak pergi basuh tandas.' Aku senyum, angguk.


rajin kan makcik ni?
Mungkin orang ada cakap, dah memang kerja dia. Tapi cuba tanya diri kita, adakah kita cukup rajin dalam jalan kan kerja kita?
hmmm
Banyak yang boleh kita belajar daripada makcik ni, dia sangat friendly. sangat rajin, sangat berjimat cermat, tak mengeluh pun, bahkan sangat on time. 

Terbit rasa kagum, mungkin hati yang dia ada, mungkin lagi bersih dari kita. 
Bersih dari rasa tidak bersyukur, bersih dari rasa cemburu dan dengki, bersih dari terus hanyut dalam arus kemodenan dunia, dan mungkin lebih bahagia.

Kita kena fikir balik,sifat bersyukur makcik ni ada tak dalam diri kita?, adakah kita bersyukur dengan apa yang kita ada?

yes? 

no?

wtvr.


Start from now, be a grateful person. Murah dengan senyuman, murah dengan kasih sayang.
What you give, In Shaa Allah you will get back. :)




Friday, March 13, 2015

behave

Hai. 
Selamat pagi!

Okay, malam tadi i tido sangat nyenyak uols, alhamdulillah :) terasa sangat indah dan melegakan.
hihihihi, It was because i had a memorable night!
hehe, malam tadi i ada pergi talk , and the talk is about women&social media. cliche tak tajuk dia? haaa, naahhh, i dont think so.
 Sebab every ada talk or kelas, kita akan gain new ilmu, tak kiralaaaa se'cliche' manakan kelas atau talk itu.


From what i heard, social media ni adalah satu danger zone dimana kita bertindak mengikut apa yang kita mahukan sendiri, sangat open and sangattttttt open lah. hmmm. sampai tak point first ni?  okay, wtvr.

One of the panel said that internet is like a road, or sesapa yang nak ekstrem tu boleh laa kategorikan internet as highway. its just soooooooo public. 

whatever we post, whatever we tweet, whatever we update, people will read.
people will judge and most obviously people will see lah kan, kalau diorang tak nampak, cemana pulak dorang nak judge, kan?

so , that is our role to behave. to not let the internet harm us. kan? bila kita kata umpama jalan, it means fast, fast and furious. hah, camtu. jangan terlalu excited sgt memandu di jalan raya ni , sampailah nanti eksiden kebabom kerana malang itu semestinya tidak berbau. :) behave. there always rules and regulations in our life. same goes with internet. ada cara nya. 

so after this, we need to use our intelligent mind to think before we post something on internet. tak kesah laaa selpi ke welpi ke or status yang sangaaaaattt detail, pastikan after that, ia tak menjatuhkan reputasi anda sebagai seorang yang bermaruah.

our life is our choice, be wise, okay :)

s

Thursday, March 12, 2015

First entry

ehem ehem.
okay, sekembalinya ke blogspot ini sesajaa sebab terasa rindu nak tulis blog :)

kenapa menghiatuskan diri?
sebab suka laa main cak cak cenggitu. hihi. okay, jawapan sangat tak munasabah,

okay laa entry first kita keep it shrt and sweet sweet sour okayy, hehe