Wednesday, March 18, 2015

mak cik cleaner

Sekarang tengah exam week, so quite busy, kalau tak busy pun, memang kena busykan diri. yelah, ni kan time nak measure our kemampuan diri. Jadi, kenalaaa berusaha bersungguh sungguh, tak gitu? Walaupun kita belajar itu bukan semata mata untuk exam, tapi ni laa platform untuk kita membuktikan yang kita menjalankan tanggung jawab kita as a student dengan jayanya. kann. Bahagia jiwa dann raga mak and abah korang tengok result anaknya 4 flat. haaa, amboiii.hehe

Okay, apa kena mengena makcik cleaner dengan exam kan. entah mengarut tah apa. Actually, mmg tak ada kena mengena pon. Cuma nak share, hari tu before my mathematics paper, aku lepak laa surau sebab free kan, rasa tenang je gituu. 

Pastu, aku ni pun lapar laa. pi laa beli nasi ayam yang sedap dan lazat , alhamdulillah. hee
Tengah sedap makan , datang makcik ni . Makcik ni cleaner, dia pun nak makan. Duduk sebelah selamba je. Tapi makcik ni memang friendly pon.

Makcik ni makan nasi lemak, 

MC: 'Kamu makan apa ni,?'

Nasi ayam , makcik. senyum.

MC: 'Mesti sedap kan, Berapa ringgit?'

Dalam hati dah serba salah dah, Nak offer makcik ni, tapi makcik ni baru je makan. So jawab jelaa.
'Dalam 4 ringgit makcik.'

MC; 4ringgit mahal kan, nasi lemak makcik tak sampai dua ringgit pun, boleh makan sampai kenyang.'

Aku senyum lagi, angguk dengar makcik ni cakap.

MC; 'Yela, makcik ni kan cleaner je, kalau 4ringgit hari hari, apa je yang tinggal nanti. Kena jimat jugak.'

Jimat, ehem, nak tersedak jugak aku dengar. terasa insaf jap. Sedih dan sebak.
Yelaaa, jujurnyaa, aku ni takdelaa loaded sangat, yelaaa nama pun student , mestilah berbekalkan elaun pelajar kan. Jadi tanggung jawab mencari duit tu bolehlaa di ignorekan.

Aku pernah kerja part time, ayah aku selalu nasihat bila aku balik kerja, letih letih pastu ngadu kat dia.
"Kamu kena rasa penatnya cari duit, barulah kamu tahu peritnya hidup orang yang susah yang bersungguh sungguh untuk cari sesuap nasi untuk tanggung keluarga."

 Dalam kepala dah tertanya tanya sangat, berapa tanggungan makcik ni, macam mana makan malam dia, macam mana transport dia.


Tapi walaupun makcik ni cerita something yang sangat emosional kat aku *bagi aku emosional la sebab aku ni MAYBE laa hati kapas, tak tahu laa korang*, dia senyum, ada laa dia gelak gelak jugak. Tapi, aku tetap rasa ayat dia cam sangat mendalam. hmm, adakah gelak tu just nak cover kepayahan dia, aku tertanya jugaklaa.

Aku pandang je makcik ni, dia tengok jam, dia bangun,
 MC: 'Dah pukul 3, makcik nak pergi basuh tandas.' Aku senyum, angguk.


rajin kan makcik ni?
Mungkin orang ada cakap, dah memang kerja dia. Tapi cuba tanya diri kita, adakah kita cukup rajin dalam jalan kan kerja kita?
hmmm
Banyak yang boleh kita belajar daripada makcik ni, dia sangat friendly. sangat rajin, sangat berjimat cermat, tak mengeluh pun, bahkan sangat on time. 

Terbit rasa kagum, mungkin hati yang dia ada, mungkin lagi bersih dari kita. 
Bersih dari rasa tidak bersyukur, bersih dari rasa cemburu dan dengki, bersih dari terus hanyut dalam arus kemodenan dunia, dan mungkin lebih bahagia.

Kita kena fikir balik,sifat bersyukur makcik ni ada tak dalam diri kita?, adakah kita bersyukur dengan apa yang kita ada?

yes? 

no?

wtvr.


Start from now, be a grateful person. Murah dengan senyuman, murah dengan kasih sayang.
What you give, In Shaa Allah you will get back. :)




2 comments:

  1. Huhu jadi insaf seketika. Eh tak boleh seketika. Kena selamanya hihi. :))

    ReplyDelete
  2. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete